| 2 |
2 |
ذٰلِكَ الكِتٰبُ لا رَيبَ ۛ فيهِ ۛ هُدًى لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Kitab Al-Quran ini, tidak ada
sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak)
bertaqwa; |
| 2 |
21 |
يٰأَيُّهَا النّاسُ اعبُدوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم وَالَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai sekalian manusia!
Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan
orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi
orang-orang yang) bertaqwa. |
| 2 |
41 |
وَءامِنوا بِما أَنزَلتُ
مُصَدِّقًا لِما مَعَكُم وَلا تَكونوا أَوَّلَ كافِرٍ بِهِ ۖ وَلا تَشتَروا
بِـٔايٰتى ثَمَنًا قَليلًا وَإِيّٰىَ فَاتَّقونِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan berimanlah kamu dengan apa
yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada
pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir
(ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu
(sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit
faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. |
| 2 |
63 |
وَإِذ أَخَذنا ميثٰقَكُم وَرَفَعنا فَوقَكُمُ الطّورَ خُذوا ما ءاتَينٰكُم بِقُوَّةٍ وَاذكُروا ما فيهِ لَعَلَّكُم تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (ingatlah), ketika Kami
mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di
atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami
berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan
ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. |
| 2 |
66 |
فَجَعَلنٰها نَكٰلًا لِما بَينَ يَدَيها وَما خَلفَها وَمَوعِظَةً لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Maka Kami jadikan apa yang
berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada
pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran
bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. |
| 2 |
103 |
وَلَو أَنَّهُم ءامَنوا وَاتَّقَوا لَمَثوبَةٌ مِن عِندِ اللَّهِ خَيرٌ ۖ لَو كانوا يَعلَمونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. |
| 2 |
177 |
۞ لَيسَ البِرَّ أَن تُوَلّوا
وُجوهَكُم قِبَلَ المَشرِقِ وَالمَغرِبِ وَلٰكِنَّ البِرَّ مَن ءامَنَ
بِاللَّهِ وَاليَومِ الءاخِرِ وَالمَلٰئِكَةِ وَالكِتٰبِ وَالنَّبِيّۦنَ
وَءاتَى المالَ عَلىٰ حُبِّهِ ذَوِى القُربىٰ وَاليَتٰمىٰ وَالمَسٰكينَ
وَابنَ السَّبيلِ وَالسّائِلينَ وَفِى الرِّقابِ وَأَقامَ الصَّلوٰةَ
وَءاتَى الزَّكوٰةَ وَالموفونَ بِعَهدِهِم إِذا عٰهَدوا ۖ وَالصّٰبِرينَ
فِى البَأساءِ وَالضَّرّاءِ وَحينَ البَأسِ ۗ أُولٰئِكَ الَّذينَ صَدَقوا ۖ
وَأُولٰئِكَ هُمُ المُتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Bukanlah perkara kebajikan itu
hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan
itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan
segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya
seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat,
dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar
dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk
memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang
serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan
janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang
yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga
dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang
demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan
mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. |
| 2 |
179 |
وَلَكُم فِى القِصاصِ حَيوٰةٌ يٰأُولِى الأَلبٰبِ لَعَلَّكُم تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. |
| 2 |
180 |
كُتِبَ عَلَيكُم إِذا حَضَرَ
أَحَدَكُمُ المَوتُ إِن تَرَكَ خَيرًا الوَصِيَّةُ لِلوٰلِدَينِ
وَالأَقرَبينَ بِالمَعروفِ ۖ حَقًّا عَلَى المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Kamu diwajibkan, apabila
seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta,
(hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan
cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas
orang-orang yang bertaqwa. |
| 2 |
183 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيامُ كَما كُتِبَ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. |
| 2 |
187 |
أُحِلَّ لَكُم لَيلَةَ الصِّيامِ
الرَّفَثُ إِلىٰ نِسائِكُم ۚ هُنَّ لِباسٌ لَكُم وَأَنتُم لِباسٌ لَهُنَّ ۗ
عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُم كُنتُم تَختانونَ أَنفُسَكُم فَتابَ عَلَيكُم
وَعَفا عَنكُم ۖ فَالـٰٔنَ بٰشِروهُنَّ وَابتَغوا ما كَتَبَ اللَّهُ لَكُم ۚ
وَكُلوا وَاشرَبوا حَتّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الخَيطُ الأَبيَضُ مِنَ
الخَيطِ الأَسوَدِ مِنَ الفَجرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيامَ إِلَى الَّيلِ
ۚ وَلا تُبٰشِروهُنَّ وَأَنتُم عٰكِفونَ فِى المَسٰجِدِ ۗ تِلكَ حُدودُ
اللَّهِ فَلا تَقرَبوها ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ ءايٰتِهِ لِلنّاسِ
لَعَلَّهُم يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dihalalkan bagi kamu, pada malam
hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.
Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula
sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu
mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan
kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa
yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah
sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu
sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi
isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah
batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian
Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya
mereka bertaqwa. |
| 2 |
189 |
۞ يَسـَٔلونَكَ عَنِ الأَهِلَّةِ ۖ
قُل هِىَ مَوٰقيتُ لِلنّاسِ وَالحَجِّ ۗ وَلَيسَ البِرُّ بِأَن تَأتُوا
البُيوتَ مِن ظُهورِها وَلٰكِنَّ البِرَّ مَنِ اتَّقىٰ ۗ وَأتُوا البُيوتَ
مِن أَبوٰبِها ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran)
anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia,
khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki
rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi
kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." |
| 2 |
194 |
الشَّهرُ الحَرامُ بِالشَّهرِ
الحَرامِ وَالحُرُمٰتُ قِصاصٌ ۚ فَمَنِ اعتَدىٰ عَلَيكُم فَاعتَدوا عَلَيهِ
بِمِثلِ مَا اعتَدىٰ عَلَيكُم ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّ
اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Mencabuli) bulan yang dihormati
itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang
dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada
balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan
terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan
pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. |
| 2 |
196 |
وَأَتِمُّوا الحَجَّ وَالعُمرَةَ
لِلَّهِ ۚ فَإِن أُحصِرتُم فَمَا استَيسَرَ مِنَ الهَدىِ ۖ وَلا تَحلِقوا
رُءوسَكُم حَتّىٰ يَبلُغَ الهَدىُ مَحِلَّهُ ۚ فَمَن كانَ مِنكُم مَريضًا
أَو بِهِ أَذًى مِن رَأسِهِ فَفِديَةٌ مِن صِيامٍ أَو صَدَقَةٍ أَو نُسُكٍ ۚ
فَإِذا أَمِنتُم فَمَن تَمَتَّعَ بِالعُمرَةِ إِلَى الحَجِّ فَمَا
استَيسَرَ مِنَ الهَدىِ ۚ فَمَن لَم يَجِد فَصِيامُ ثَلٰثَةِ أَيّامٍ فِى
الحَجِّ وَسَبعَةٍ إِذا رَجَعتُم ۗ تِلكَ عَشَرَةٌ كامِلَةٌ ۗ ذٰلِكَ لِمَن
لَم يَكُن أَهلُهُ حاضِرِى المَسجِدِ الحَرامِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ
وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan sempurnakanlah ibadat Haji
dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang
daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu
bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan
janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum
binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di
antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya
(lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu
berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu
berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati
kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu)
hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya
kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia
tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam
masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke
tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum
ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid
Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). |
| 2 |
197 |
الحَجُّ أَشهُرٌ مَعلومٰتٌ ۚ
فَمَن فَرَضَ فيهِنَّ الحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسوقَ وَلا جِدالَ فِى
الحَجِّ ۗ وَما تَفعَلوا مِن خَيرٍ يَعلَمهُ اللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدوا
فَإِنَّ خَيرَ الزّادِ التَّقوىٰ ۚ وَاتَّقونِ يٰأُولِى الأَلبٰبِ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Masa untuk mengerjakan ibadat)
Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa
yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji
itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat
maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.
Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah;
dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya
sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta
sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). |
| 2 |
203 |
۞ وَاذكُرُوا اللَّهَ فى أَيّامٍ
مَعدودٰتٍ ۚ فَمَن تَعَجَّلَ فى يَومَينِ فَلا إِثمَ عَلَيهِ وَمَن
تَأَخَّرَ فَلا إِثمَ عَلَيهِ ۚ لِمَنِ اتَّقىٰ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ
وَاعلَموا أَنَّكُم إِلَيهِ تُحشَرونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan sebutlah kamu akan Allah
(dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang
tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina)
pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang
melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa;
(ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. |
| 2 |
206 |
وَإِذا قيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتهُ العِزَّةُ بِالإِثمِ ۚ فَحَسبُهُ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئسَ المِهادُ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah
engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa
(yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab)
neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah
seburuk-buruk tempat tinggal. |
| 2 |
212 |
زُيِّنَ لِلَّذينَ كَفَرُوا
الحَيوٰةُ الدُّنيا وَيَسخَرونَ مِنَ الَّذينَ ءامَنوا ۘ وَالَّذينَ
اتَّقَوا فَوقَهُم يَومَ القِيٰمَةِ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ
بِغَيرِ حِسابٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Kehidupan dunia (dan
kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan)
orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang
rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa
(dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir
itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut
undang-undang peraturanNya). |
| 2 |
223 |
نِساؤُكُم حَرثٌ لَكُم فَأتوا
حَرثَكُم أَنّىٰ شِئتُم ۖ وَقَدِّموا لِأَنفُسِكُم ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ
وَاعلَموا أَنَّكُم مُلٰقوهُ ۗ وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Isteri-isteri kamu adalah
sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu
menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk
diri kamu; dan bertaqwalah kepada
Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari
akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada
orang-orang yang beriman. |
| 2 |
224 |
وَلا تَجعَلُوا اللَّهَ عُرضَةً لِأَيمٰنِكُم أَن تَبَرّوا وَتَتَّقوا وَتُصلِحوا بَينَ النّاسِ ۗ وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. |
| 2 |
231 |
وَإِذا طَلَّقتُمُ النِّساءَ
فَبَلَغنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمسِكوهُنَّ بِمَعروفٍ أَو سَرِّحوهُنَّ
بِمَعروفٍ ۚ وَلا تُمسِكوهُنَّ ضِرارًا لِتَعتَدوا ۚ وَمَن يَفعَل ذٰلِكَ
فَقَد ظَلَمَ نَفسَهُ ۚ وَلا تَتَّخِذوا ءايٰتِ اللَّهِ هُزُوًا ۚ
وَاذكُروا نِعمَتَ اللَّهِ عَلَيكُم وَما أَنزَلَ عَلَيكُم مِنَ الكِتٰبِ
وَالحِكمَةِ يَعِظُكُم بِهِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ
بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan apabila kamu menceraikan
isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka
bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan
mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk
semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan
kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka
sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu
menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan
permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan
kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan
ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. |
| 2 |
233 |
۞ وَالوٰلِدٰتُ يُرضِعنَ
أَولٰدَهُنَّ حَولَينِ كامِلَينِ ۖ لِمَن أَرادَ أَن يُتِمَّ الرَّضاعَةَ ۚ
وَعَلَى المَولودِ لَهُ رِزقُهُنَّ وَكِسوَتُهُنَّ بِالمَعروفِ ۚ لا
تُكَلَّفُ نَفسٌ إِلّا وُسعَها ۚ لا تُضارَّ وٰلِدَةٌ بِوَلَدِها وَلا
مَولودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ ۚ وَعَلَى الوارِثِ مِثلُ ذٰلِكَ ۗ فَإِن أَرادا
فِصالًا عَن تَراضٍ مِنهُما وَتَشاوُرٍ فَلا جُناحَ عَلَيهِما ۗ وَإِن
أَرَدتُم أَن تَستَرضِعوا أَولٰدَكُم فَلا جُناحَ عَلَيكُم إِذا سَلَّمتُم
ما ءاتَيتُم بِالمَعروفِ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ
بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan
anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi
makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah
diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah
menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga
menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga
menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika
keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan
persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka
mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri
anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi
kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara
yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. |
| 2 |
237 |
وَإِن طَلَّقتُموهُنَّ مِن قَبلِ
أَن تَمَسّوهُنَّ وَقَد فَرَضتُم لَهُنَّ فَريضَةً فَنِصفُ ما فَرَضتُم
إِلّا أَن يَعفونَ أَو يَعفُوَا۟ الَّذى بِيَدِهِ عُقدَةُ النِّكاحِ ۚ
وَأَن تَعفوا أَقرَبُ لِلتَّقوىٰ ۚ وَلا تَنسَوُا الفَضلَ بَينَكُم ۚ إِنَّ
اللَّهَ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan jika kamu ceraikan mereka
sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah
menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat
separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka
memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan
nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan
perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir
kepada taqwa. Dan janganlah pula
kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah
sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. |
| 2 |
241 |
وَلِلمُطَلَّقٰتِ مَتٰعٌ بِالمَعروفِ ۖ حَقًّا عَلَى المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan isteri-isteri yang
diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) dengan cara yang
patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa. |
| 2 |
278 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَروا ما بَقِىَ مِنَ الرِّبوٰا۟ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah
kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki
riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu
orang- orang yang beriman. |
| 2 |
282 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا إِذا
تَدايَنتُم بِدَينٍ إِلىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكتُبوهُ ۚ وَليَكتُب
بَينَكُم كاتِبٌ بِالعَدلِ ۚ وَلا يَأبَ كاتِبٌ أَن يَكتُبَ كَما عَلَّمَهُ
اللَّهُ ۚ فَليَكتُب وَليُملِلِ الَّذى عَلَيهِ الحَقُّ وَليَتَّقِ
اللَّهَ رَبَّهُ وَلا يَبخَس مِنهُ شَيـًٔا ۚ فَإِن كانَ الَّذى عَلَيهِ
الحَقُّ سَفيهًا أَو ضَعيفًا أَو لا يَستَطيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ فَليُملِل
وَلِيُّهُ بِالعَدلِ ۚ وَاستَشهِدوا شَهيدَينِ مِن رِجالِكُم ۖ فَإِن لَم
يَكونا رَجُلَينِ فَرَجُلٌ وَامرَأَتانِ مِمَّن تَرضَونَ مِنَ الشُّهَداءِ
أَن تَضِلَّ إِحدىٰهُما فَتُذَكِّرَ إِحدىٰهُمَا الأُخرىٰ ۚ وَلا يَأبَ
الشُّهَداءُ إِذا ما دُعوا ۚ وَلا تَسـَٔموا أَن تَكتُبوهُ صَغيرًا أَو
كَبيرًا إِلىٰ أَجَلِهِ ۚ ذٰلِكُم أَقسَطُ عِندَ اللَّهِ وَأَقوَمُ
لِلشَّهٰدَةِ وَأَدنىٰ أَلّا تَرتابوا ۖ إِلّا أَن تَكونَ تِجٰرَةً
حاضِرَةً تُديرونَها بَينَكُم فَلَيسَ عَلَيكُم جُناحٌ أَلّا تَكتُبوها ۗ
وَأَشهِدوا إِذا تَبايَعتُم ۚ وَلا يُضارَّ كاتِبٌ وَلا شَهيدٌ ۚ وَإِن
تَفعَلوا فَإِنَّهُ فُسوقٌ بِكُم ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ
اللَّهُ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang
diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu
menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis
di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang
penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu,
hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu
merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa
kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari
hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau
ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah
direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu
mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau
tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua
orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya
jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka
dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu
enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu
menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau
besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih
membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada
tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan
tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu
tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan
janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu
melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian
adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah
kamu bertaqwa kepada Allah; dan
(ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah
sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. |
| 2 |
283 |
۞ وَإِن كُنتُم عَلىٰ سَفَرٍ
وَلَم تَجِدوا كاتِبًا فَرِهٰنٌ مَقبوضَةٌ ۖ فَإِن أَمِنَ بَعضُكُم بَعضًا
فَليُؤَدِّ الَّذِى اؤتُمِنَ أَمٰنَتَهُ وَليَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ ۗ وَلا
تَكتُمُوا الشَّهٰدَةَ ۚ وَمَن يَكتُمها فَإِنَّهُ ءاثِمٌ قَلبُهُ ۗ
وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ عَليمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan jika kamu berada dalam
musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang
kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian
untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang
memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah
bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang
berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang
diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa
kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang
menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan
sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang
berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan. |
| 3 |
15 |
۞ قُل أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيرٍ مِن
ذٰلِكُم ۚ لِلَّذينَ اتَّقَوا عِندَ رَبِّهِم جَنّٰتٌ تَجرى مِن تَحتِهَا
الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها وَأَزوٰجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضوٰنٌ مِنَ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ بَصيرٌ بِالعِبادِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Katakanlah (wahai Muhammad):
"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada
semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa
disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga
pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula)
keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan
hamba-hambaNya; |
| 3 |
50 |
وَمُصَدِّقًا لِما بَينَ يَدَىَّ
مِنَ التَّورىٰةِ وَلِأُحِلَّ لَكُم بَعضَ الَّذى حُرِّمَ عَلَيكُم ۚ
وَجِئتُكُم بِـٔايَةٍ مِن رَبِّكُم فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطيعونِ |
Tafsir |
Kaitan |
| "Dan juga (aku datang kepada
kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan
dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari
perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang
kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. |
| 3 |
76 |
بَلىٰ مَن أَوفىٰ بِعَهدِهِ وَاتَّقىٰ فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. |
| 3 |
102 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقاتِهِ وَلا تَموتُنَّ إِلّا وَأَنتُم مُسلِمونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. |
| 3 |
115 |
وَما يَفعَلوا مِن خَيرٍ فَلَن يُكفَروهُ ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ بِالمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan apa sahaja kebajikan yang
mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau
disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa
mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa. |
| 3 |
120 |
إِن تَمسَسكُم حَسَنَةٌ تَسُؤهُم
وَإِن تُصِبكُم سَيِّئَةٌ يَفرَحوا بِها ۖ وَإِن تَصبِروا وَتَتَّقوا لا
يَضُرُّكُم كَيدُهُم شَيـًٔا ۗ إِنَّ اللَّهَ بِما يَعمَلونَ مُحيطٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Kalau kamu beroleh kebaikan
(kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka;
dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau
kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu
daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah
meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. |
| 3 |
123 |
وَلَقَد نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدرٍ وَأَنتُم أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تَشكُرونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan sesungguhnya Allah telah
menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu
berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat
perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). |
| 3 |
125 |
بَلىٰ ۚ إِن تَصبِروا وَتَتَّقوا وَيَأتوكُم مِن فَورِهِم هٰذا يُمدِدكُم رَبُّكُم بِخَمسَةِ ءالٰفٍ مِنَ المَلٰئِكَةِ مُسَوِّمينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa,
dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya
Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda
masing-masing. |
| 3 |
130 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا تَأكُلُوا الرِّبوٰا۟ أَضعٰفًا مُضٰعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. |
| 3 |
133 |
۞ وَسارِعوا إِلىٰ مَغفِرَةٍ مِن رَبِّكُم وَجَنَّةٍ عَرضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالأَرضُ أُعِدَّت لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan segeralah kamu kepada
(mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan
kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan
bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; |
| 3 |
138 |
هٰذا بَيانٌ لِلنّاسِ وَهُدًى وَمَوعِظَةٌ لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. |
| 3 |
172 |
الَّذينَ استَجابوا لِلَّهِ وَالرَّسولِ مِن بَعدِ ما أَصابَهُمُ القَرحُ ۚ لِلَّذينَ أَحسَنوا مِنهُم وَاتَّقَوا أَجرٌ عَظيمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Iaitu orang-orang yang
menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh
yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan
perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka
dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar. |
| 3 |
179 |
ما كانَ اللَّهُ لِيَذَرَ
المُؤمِنينَ عَلىٰ ما أَنتُم عَلَيهِ حَتّىٰ يَميزَ الخَبيثَ مِنَ
الطَّيِّبِ ۗ وَما كانَ اللَّهُ لِيُطلِعَكُم عَلَى الغَيبِ وَلٰكِنَّ
اللَّهَ يَجتَبى مِن رُسُلِهِ مَن يَشاءُ ۖ فَـٔامِنوا بِاللَّهِ
وَرُسُلِهِ ۚ وَإِن تُؤمِنوا وَتَتَّقوا فَلَكُم أَجرٌ عَظيمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Allah tidak sekali-kali akan
membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang
(bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu)
sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik
(beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu
perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya
sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya
perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan
Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. |
| 3 |
186 |
۞ لَتُبلَوُنَّ فى أَموٰلِكُم
وَأَنفُسِكُم وَلَتَسمَعُنَّ مِنَ الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ مِن قَبلِكُم
وَمِنَ الَّذينَ أَشرَكوا أَذًى كَثيرًا ۚ وَإِن تَصبِروا وَتَتَّقوا
فَإِنَّ ذٰلِكَ مِن عَزمِ الأُمورِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Demi sesungguhnya, kamu akan
diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan
mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada
kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian)
yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). |
| 3 |
198 |
لٰكِنِ الَّذينَ اتَّقَوا
رَبَّهُم لَهُم جَنّٰتٌ تَجرى مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها
نُزُلًا مِن عِندِ اللَّهِ ۗ وَما عِندَ اللَّهِ خَيرٌ لِلأَبرارِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Tetapi orang-orang yang bertaqwa
kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat
sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan
(ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang
yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan). |
| 3 |
200 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اصبِروا وَصابِروا وَرابِطوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). |
| 4 |
1 |
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ
الرَّحيمِ يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن
نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا
وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ
اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah
kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang
satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah
kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya,
serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. |
| 4 |
9 |
وَليَخشَ الَّذينَ لَو تَرَكوا مِن خَلفِهِم ذُرِّيَّةً ضِعٰفًا خافوا عَلَيهِم فَليَتَّقُوا اللَّهَ وَليَقولوا قَولًا سَديدًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan hendaklah takut (kepada
Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang
(yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula
meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah)
mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan)
anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran). |
| 4 |
77 |
أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ قيلَ
لَهُم كُفّوا أَيدِيَكُم وَأَقيمُوا الصَّلوٰةَ وَءاتُوا الزَّكوٰةَ
فَلَمّا كُتِبَ عَلَيهِمُ القِتالُ إِذا فَريقٌ مِنهُم يَخشَونَ النّاسَ
كَخَشيَةِ اللَّهِ أَو أَشَدَّ خَشيَةً ۚ وَقالوا رَبَّنا لِمَ كَتَبتَ
عَلَينَا القِتالَ لَولا أَخَّرتَنا إِلىٰ أَجَلٍ قَريبٍ ۗ قُل مَتٰعُ
الدُّنيا قَليلٌ وَالءاخِرَةُ خَيرٌ لِمَنِ اتَّقىٰ وَلا تُظلَمونَ فَتيلًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Tidakkah engkau (hairan) melihat
(wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada
mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang
yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah
zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka
diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun
kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau
lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata:
"Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat
ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat
(iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harba benda
yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan
akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi
bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun". |
| 4 |
131 |
وَلِلَّهِ ما فِى السَّمٰوٰتِ
وَما فِى الأَرضِ ۗ وَلَقَد وَصَّينَا الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ مِن
قَبلِكُم وَإِيّاكُم أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ ۚ وَإِن تَكفُروا فَإِنَّ
لِلَّهِ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ ۚ وَكانَ اللَّهُ غَنِيًّا
حَميدًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan bagi Allah jualah segala
yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan demi sesungguhnya, Kami
telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu,
dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa
kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah)
sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha
Terpuji. |
| 5 |
2 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا
تُحِلّوا شَعٰئِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهرَ الحَرامَ وَلَا الهَدىَ وَلَا
القَلٰئِدَ وَلا ءامّينَ البَيتَ الحَرامَ يَبتَغونَ فَضلًا مِن رَبِّهِم
وَرِضوٰنًا ۚ وَإِذا حَلَلتُم فَاصطادوا ۚ وَلا يَجرِمَنَّكُم شَنَـٔانُ
قَومٍ أَن صَدّوكُم عَنِ المَسجِدِ الحَرامِ أَن تَعتَدوا ۘ وَتَعاوَنوا
عَلَى البِرِّ وَالتَّقوىٰ ۖ وَلا تَعاوَنوا عَلَى الإِثمِ وَالعُدوٰنِ ۚ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar
ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai
binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan
mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang
yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia
dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya
(dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah
selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali
kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu
dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah
kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). |
| 5 |
4 |
يَسـَٔلونَكَ ماذا أُحِلَّ لَهُم ۖ
قُل أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبٰتُ ۙ وَما عَلَّمتُم مِنَ الجَوارِحِ
مُكَلِّبينَ تُعَلِّمونَهُنَّ مِمّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ ۖ فَكُلوا مِمّا
أَمسَكنَ عَلَيكُم وَاذكُرُوا اسمَ اللَّهِ عَلَيهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَريعُ الحِسابِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi
menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat
serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu
yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih
binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan
berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu
makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah
atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya" |
| 5 |
7 |
وَاذكُروا نِعمَةَ اللَّهِ
عَلَيكُم وَميثٰقَهُ الَّذى واثَقَكُم بِهِ إِذ قُلتُم سَمِعنا وَأَطَعنا ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ بِذاتِ الصُّدورِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan kenanglah nikmat Allah (yang
telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang
telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami
taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. |
| 5 |
8 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا
كونوا قَوّٰمينَ لِلَّهِ شُهَداءَ بِالقِسطِ ۖ وَلا يَجرِمَنَّكُم
شَنَـٔانُ قَومٍ عَلىٰ أَلّا تَعدِلُوا ۚ اعدِلوا هُوَ أَقرَبُ لِلتَّقوىٰ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبيرٌ بِما تَعمَلونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman,
hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada
sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. |
| 5 |
11 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا
اذكُروا نِعمَتَ اللَّهِ عَلَيكُم إِذ هَمَّ قَومٌ أَن يَبسُطوا إِلَيكُم
أَيدِيَهُم فَكَفَّ أَيدِيَهُم عَنكُم ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ وَعَلَى
اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman,
kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika
kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk
menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang)
kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri. |
| 5 |
27 |
۞ وَاتلُ عَلَيهِم نَبَأَ ابنَى
ءادَمَ بِالحَقِّ إِذ قَرَّبا قُربانًا فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِما وَلَم
يُتَقَبَّل مِنَ الءاخَرِ قالَ لَأَقتُلَنَّكَ ۖ قالَ إِنَّما يَتَقَبَّلُ
اللَّهُ مِنَ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan bacakanlah (wahai Muhammad)
kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil)
yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua
mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada
Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan
tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):"
Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah
menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; |
| 5 |
35 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابتَغوا إِلَيهِ الوَسيلَةَ وَجٰهِدوا فى سَبيلِهِ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah
kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan
mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada
jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. |
| 5 |
46 |
وَقَفَّينا عَلىٰ ءاثٰرِهِم
بِعيسَى ابنِ مَريَمَ مُصَدِّقًا لِما بَينَ يَدَيهِ مِنَ التَّورىٰةِ ۖ
وَءاتَينٰهُ الإِنجيلَ فيهِ هُدًى وَنورٌ وَمُصَدِّقًا لِما بَينَ يَدَيهِ
مِنَ التَّورىٰةِ وَهُدًى وَمَوعِظَةً لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni
Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk
membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah
berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan
cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di
hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat
pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. |
| 5 |
57 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا
تَتَّخِذُوا الَّذينَ اتَّخَذوا دينَكُم هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذينَ
أوتُوا الكِتٰبَ مِن قَبلِكُم وَالكُفّارَ أَولِياءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ
إِن كُنتُم مُؤمِنينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai
ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab
sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi
penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. |
| 5 |
65 |
وَلَو أَنَّ أَهلَ الكِتٰبِ ءامَنوا وَاتَّقَوا لَكَفَّرنا عَنهُم سَيِّـٔاتِهِم وَلَأَدخَلنٰهُم جَنّٰتِ النَّعيمِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa
tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan
tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh
nikmat. |
| 5 |
88 |
وَكُلوا مِمّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلٰلًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى أَنتُم بِهِ مُؤمِنونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. |
| 5 |
93 |
لَيسَ عَلَى الَّذينَ ءامَنوا
وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ جُناحٌ فيما طَعِموا إِذا مَا اتَّقَوا وَءامَنوا
وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ ثُمَّ اتَّقَوا وَءامَنوا ثُمَّ اتَّقَوا
وَأَحسَنوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ المُحسِنينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Tidak ada dosa bagi orang-orang
yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah
mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. |
| 5 |
96 |
أُحِلَّ لَكُم صَيدُ البَحرِ
وَطَعامُهُ مَتٰعًا لَكُم وَلِلسَّيّارَةِ ۖ وَحُرِّمَ عَلَيكُم صَيدُ
البَرِّ ما دُمتُم حُرُمًا ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى إِلَيهِ تُحشَرونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dihalalkan bagi kamu binatang
buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi
kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam
pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat
selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan. |
| 5 |
100 |
قُل لا يَستَوِى الخَبيثُ
وَالطَّيِّبُ وَلَو أَعجَبَكَ كَثرَةُ الخَبيثِ ۚ فَاتَّقُوا اللَّهَ
يٰأُولِى الأَلبٰبِ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Katakanlah (wahai Muhammad):
"Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk
itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. |
| 5 |
108 |
ذٰلِكَ أَدنىٰ أَن يَأتوا
بِالشَّهٰدَةِ عَلىٰ وَجهِها أَو يَخافوا أَن تُرَدَّ أَيمٰنٌ بَعدَ
أَيمٰنِهِم ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاسمَعوا ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِى القَومَ
الفٰسِقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Hukum-hukum dan peraturan
menjadi saksi) yang tersebut itu adalah jalan yang lebih dekat untuk
mereka memberi keterangan persaksian menurut cara yang sebenarnya, atau
untuk mereka merasa takut akan ditolak sumpah mereka (kepada waris-waris
si mati) sesudah mereka bersumpah (yang akan mendedahkan kecurangan
mereka). Oleh itu bertaqwalah kepada
Allah, dan dengarlah dengan patuh (segala perintahNya), dan (ingatlah)
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik. |
| 5 |
112 |
إِذ قالَ الحَوارِيّونَ يٰعيسَى
ابنَ مَريَمَ هَل يَستَطيعُ رَبُّكَ أَن يُنَزِّلَ عَلَينا مائِدَةً مِنَ
السَّماءِ ۖ قالَ اتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (ingatlah) ketika orang
orang Hawariyyiin berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya
Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?" Nabi
Isa menjawab: "Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman". |
| 6 |
32 |
وَمَا الحَيوٰةُ الدُّنيا إِلّا لَعِبٌ وَلَهوٌ ۖ وَلَلدّارُ الءاخِرَةُ خَيرٌ لِلَّذينَ يَتَّقونَ ۗ أَفَلا تَعقِلونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan tidak (dinamakan) kehidupan
dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan
demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? |
| 6 |
51 |
وَأَنذِر بِهِ الَّذينَ يَخافونَ أَن يُحشَروا إِلىٰ رَبِّهِم ۙ لَيسَ لَهُم مِن دونِهِ وَلِىٌّ وَلا شَفيعٌ لَعَلَّهُم يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan berilah amaran dengan
Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan
dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah
bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari
Allah, supaya mereka bertaqwa. |
| 6 |
69 |
وَما عَلَى الَّذينَ يَتَّقونَ مِن حِسابِهِم مِن شَيءٍ وَلٰكِن ذِكرىٰ لَعَلَّهُم يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa
mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi
(kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu)
supaya mereka bertaqwa. |
| 6 |
72 |
وَأَن أَقيمُوا الصَّلوٰةَ وَاتَّقوهُ ۚ وَهُوَ الَّذى إِلَيهِ تُحشَرونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak). |
| 6 |
153 |
وَأَنَّ هٰذا صِرٰطى مُستَقيمًا
فَاتَّبِعوهُ ۖ وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُم عَن سَبيلِهِ
ۚ ذٰلِكُم وَصّىٰكُم بِهِ لَعَلَّكُم تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan bahawa sesungguhnya inilah
jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya;
dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam),
kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan
Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
bertaqwa. |
| 6 |
155 |
وَهٰذا كِتٰبٌ أَنزَلنٰهُ مُبارَكٌ فَاتَّبِعوهُ وَاتَّقوا لَعَلَّكُم تُرحَمونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran)
yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu,
hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. |
| 7 |
26 |
يٰبَنى ءادَمَ قَد أَنزَلنا
عَلَيكُم لِباسًا يُوٰرى سَوءٰتِكُم وَريشًا ۖ وَلِباسُ التَّقوىٰ ذٰلِكَ
خَيرٌ ۚ ذٰلِكَ مِن ءايٰتِ اللَّهِ لَعَلَّهُم يَذَّكَّرونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai anak-anak Adam!
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk)
pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang
berupa taqwa itulah yang
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah
kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka
mengenangnya (dan bersyukur). |
| 7 |
35 |
يٰبَنى ءادَمَ إِمّا
يَأتِيَنَّكُم رُسُلٌ مِنكُم يَقُصّونَ عَلَيكُم ءايٰتى ۙ فَمَنِ اتَّقىٰ
وَأَصلَحَ فَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai anak-anak Adam! Jika
datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan
kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa
dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya
kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita. |
| 7 |
63 |
أَوَعَجِبتُم أَن جاءَكُم ذِكرٌ مِن رَبِّكُم عَلىٰ رَجُلٍ مِنكُم لِيُنذِرَكُم وَلِتَتَّقوا وَلَعَلَّكُم تُرحَمونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| "Adakah kamu merasa ragu-ragu
dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan
kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan
kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?". |
| 7 |
65 |
۞ وَإِلىٰ عادٍ أَخاهُم هودًا ۗ قالَ يٰقَومِ اعبُدُوا اللَّهَ ما لَكُم مِن إِلٰهٍ غَيرُهُ ۚ أَفَلا تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan kepada kaum Aad, (Kami
utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah
kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? " |
| 7 |
96 |
وَلَو أَنَّ أَهلَ القُرىٰ
ءامَنوا وَاتَّقَوا لَفَتَحنا عَلَيهِم بَرَكٰتٍ مِنَ السَّماءِ وَالأَرضِ
وَلٰكِن كَذَّبوا فَأَخَذنٰهُم بِما كانوا يَكسِبونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa,
tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka
mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan. |
| 7 |
128 |
قالَ موسىٰ لِقَومِهِ استَعينوا
بِاللَّهِ وَاصبِروا ۖ إِنَّ الأَرضَ لِلَّهِ يورِثُها مَن يَشاءُ مِن
عِبادِهِ ۖ وَالعٰقِبَةُ لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Pengikut-pengikut Nabi Musa
merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada
Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah,
diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya;
dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". |
| 7 |
156 |
۞ وَاكتُب لَنا فى هٰذِهِ
الدُّنيا حَسَنَةً وَفِى الءاخِرَةِ إِنّا هُدنا إِلَيكَ ۚ قالَ عَذابى
أُصيبُ بِهِ مَن أَشاءُ ۖ وَرَحمَتى وَسِعَت كُلَّ شَيءٍ ۚ فَسَأَكتُبُها
لِلَّذينَ يَتَّقونَ وَيُؤتونَ الزَّكوٰةَ وَالَّذينَ هُم بِـٔايٰتِنا
يُؤمِنونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| "Dan tetapkanlah untuk Kami
kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali
(bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada
sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu;
maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. |
| 7 |
164 |
وَإِذ قالَت أُمَّةٌ مِنهُم لِمَ
تَعِظونَ قَومًا ۙ اللَّهُ مُهلِكُهُم أَو مُعَذِّبُهُم عَذابًا شَديدًا ۖ
قالوا مَعذِرَةً إِلىٰ رَبِّكُم وَلَعَلَّهُم يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (ingatlah) ketika segolongan
di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat
berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu
ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya
mereka bertaqwa". |
| 7 |
169 |
فَخَلَفَ مِن بَعدِهِم خَلفٌ
وَرِثُوا الكِتٰبَ يَأخُذونَ عَرَضَ هٰذَا الأَدنىٰ وَيَقولونَ سَيُغفَرُ
لَنا وَإِن يَأتِهِم عَرَضٌ مِثلُهُ يَأخُذوهُ ۚ أَلَم يُؤخَذ عَلَيهِم
ميثٰقُ الكِتٰبِ أَن لا يَقولوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الحَقَّ وَدَرَسوا ما
فيهِ ۗ وَالدّارُ الءاخِرَةُ خَيرٌ لِلَّذينَ يَتَّقونَ ۗ أَفَلا
تَعقِلونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Maka mereka kemudiannya
digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab
(Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil
berkata: "Akan diampunkan kelak dosa kami" Padahal jika datang kepada
mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi.
Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab
Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang
benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di
dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih
baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti? |
| 7 |
171 |
۞ وَإِذ نَتَقنَا الجَبَلَ
فَوقَهُم كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنّوا أَنَّهُ واقِعٌ بِهِم خُذوا ما
ءاتَينٰكُم بِقُوَّةٍ وَاذكُروا ما فيهِ لَعَلَّكُم تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (ingatlah wahai Muhammad)
ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil)
seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin
bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman
kepada mereka): "Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang
telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang
terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" |
| 7 |
201 |
إِنَّ الَّذينَ اتَّقَوا إِذا مَسَّهُم طٰئِفٌ مِنَ الشَّيطٰنِ تَذَكَّروا فَإِذا هُم مُبصِرونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa,
apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan,
mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan
yang benar). |
| 8 |
1 |
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ
الرَّحيمِ يَسـَٔلونَكَ عَنِ الأَنفالِ ۖ قُلِ الأَنفالُ لِلَّهِ
وَالرَّسولِ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصلِحوا ذاتَ بَينِكُم ۖ وَأَطيعُوا
اللَّهَ وَرَسولَهُ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan
perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan
pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah
kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu,
serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang
yang beriman". |
| 8 |
29 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا إِن
تَتَّقُوا اللَّهَ يَجعَل لَكُم فُرقانًا وَيُكَفِّر عَنكُم سَيِّـٔاتِكُم
وَيَغفِر لَكُم ۗ وَاللَّهُ ذُو الفَضلِ العَظيمِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa
kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang
membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan
kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah
(sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. |
| 8 |
34 |
وَما لَهُم أَلّا يُعَذِّبَهُمُ
اللَّهُ وَهُم يَصُدّونَ عَنِ المَسجِدِ الحَرامِ وَما كانوا أَولِياءَهُ ۚ
إِن أَولِياؤُهُ إِلَّا المُتَّقونَ وَلٰكِنَّ أَكثَرَهُم لا يَعلَمونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan mengapa mereka tidak patut
diseksa oleh Allah, sedang mereka menyekat (orang-orang Islam) dari
masjid Al-Haraam, padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak
menguasainya (kerana mereka kafir musyrik)? Sebenarnya orang-orang yang
berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. |
| 8 |
69 |
فَكُلوا مِمّا غَنِمتُم حَلٰلًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| 9 |
4 |
إِلَّا الَّذينَ عٰهَدتُم مِنَ
المُشرِكينَ ثُمَّ لَم يَنقُصوكُم شَيـًٔا وَلَم يُظٰهِروا عَلَيكُم
أَحَدًا فَأَتِمّوا إِلَيهِم عَهدَهُم إِلىٰ مُدَّتِهِم ۚ إِنَّ اللَّهَ
يُحِبُّ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Kecuali mereka yang kamu
mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian
mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak
menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada
mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang bertaqwa. |
| 9 |
7 |
كَيفَ يَكونُ لِلمُشرِكينَ عَهدٌ
عِندَ اللَّهِ وَعِندَ رَسولِهِ إِلَّا الَّذينَ عٰهَدتُم عِندَ المَسجِدِ
الحَرامِ ۖ فَمَا استَقٰموا لَكُم فَاستَقيموا لَهُم ۚ إِنَّ اللَّهَ
يُحِبُّ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Bagaimanakah dapat diakui adanya
perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang
musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang
kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid
Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah
kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang bertaqwa. |
| 9 |
36 |
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهورِ عِندَ
اللَّهِ اثنا عَشَرَ شَهرًا فى كِتٰبِ اللَّهِ يَومَ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ
وَالأَرضَ مِنها أَربَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذٰلِكَ الدّينُ القَيِّمُ ۚ فَلا
تَظلِموا فيهِنَّ أَنفُسَكُم ۚ وَقٰتِلُوا المُشرِكينَ كافَّةً كَما
يُقٰتِلونَكُم كافَّةً ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya bilangan
bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah
ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di
antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah
ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam
bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan
perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi
kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang
yang bertaqwa. |
| 9 |
44 |
لا يَستَـٔذِنُكَ الَّذينَ
يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الءاخِرِ أَن يُجٰهِدوا بِأَموٰلِهِم
وَأَنفُسِهِم ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ بِالمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak
turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. |
| 9 |
108 |
لا تَقُم فيهِ أَبَدًا ۚ
لَمَسجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقوىٰ مِن أَوَّلِ يَومٍ أَحَقُّ أَن تَقومَ
فيهِ ۚ فيهِ رِجالٌ يُحِبّونَ أَن يَتَطَهَّروا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ
المُطَّهِّرينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Jangan engkau sembahyang di
masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang
engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa
dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di
dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat)
membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang
membersihkan diri mereka (zahir dan batin). |
| 9 |
109 |
أَفَمَن أَسَّسَ بُنيٰنَهُ عَلىٰ
تَقوىٰ مِنَ اللَّهِ وَرِضوٰنٍ خَيرٌ أَم مَن أَسَّسَ بُنيٰنَهُ عَلىٰ شَفا
جُرُفٍ هارٍ فَانهارَ بِهِ فى نارِ جَهَنَّمَ ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِى
القَومَ الظّٰلِمينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa
kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah
orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang
(hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam
api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk
kepada orang-orang yang zalim. |
| 9 |
119 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكونوا مَعَ الصّٰدِقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. |
| 9 |
123 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا
قٰتِلُوا الَّذينَ يَلونَكُم مِنَ الكُفّارِ وَليَجِدوا فيكُم غِلظَةً ۚ
وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman!
Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan
biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada
pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya). |
| 10 |
6 |
إِنَّ فِى اختِلٰفِ الَّيلِ وَالنَّهارِ وَما خَلَقَ اللَّهُ فِى السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ لَءايٰتٍ لِقَومٍ يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya pada pertukaran
malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh
Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan
undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa. |
| 10 |
31 |
قُل مَن يَرزُقُكُم مِنَ
السَّماءِ وَالأَرضِ أَمَّن يَملِكُ السَّمعَ وَالأَبصٰرَ وَمَن يُخرِجُ
الحَىَّ مِنَ المَيِّتِ وَيُخرِجُ المَيِّتَ مِنَ الحَىِّ وَمَن يُدَبِّرُ
الأَمرَ ۚ فَسَيَقولونَ اللَّهُ ۚ فَقُل أَفَلا تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Bertanyalah kepada mereka (yang
musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan
bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan
siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan
mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula
yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan
itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan
berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu,
katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak
mahu bertaqwa? |
| 10 |
63 |
الَّذينَ ءامَنوا وَكانوا يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. |
| 11 |
49 |
تِلكَ مِن أَنباءِ الغَيبِ نوحيها
إِلَيكَ ۖ ما كُنتَ تَعلَمُها أَنتَ وَلا قَومُكَ مِن قَبلِ هٰذا ۖ
فَاصبِر ۖ إِنَّ العٰقِبَةَ لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari
perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai
Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini.
Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa
kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang
yang bertaqwa. |
| 12 |
57 |
وَلَأَجرُ الءاخِرَةِ خَيرٌ لِلَّذينَ ءامَنوا وَكانوا يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. |
| 12 |
90 |
قالوا أَءِنَّكَ لَأَنتَ يوسُفُ ۖ
قالَ أَنا۠ يوسُفُ وَهٰذا أَخى ۖ قَد مَنَّ اللَّهُ عَلَينا ۖ إِنَّهُ مَن
يَتَّقِ وَيَصبِر فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضيعُ أَجرَ المُحسِنينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Mereka bertanya (dengan hairan):
"Engkau ini Yusufkah? " Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku
(Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami.
Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. |
| 12 |
91 |
قالوا تَاللَّهِ لَقَد ءاثَرَكَ اللَّهُ عَلَينا وَإِن كُنّا لَخٰطِـٔينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah". |
| 12 |
109 |
وَما أَرسَلنا مِن قَبلِكَ إِلّا
رِجالًا نوحى إِلَيهِم مِن أَهلِ القُرىٰ ۗ أَفَلَم يَسيروا فِى الأَرضِ
فَيَنظُروا كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۗ وَلَدارُ
الءاخِرَةِ خَيرٌ لِلَّذينَ اتَّقَوا ۗ أَفَلا تَعقِلونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan tiadalah Kami mengutus Rasul
- sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk
bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang
(yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya
memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari
mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi
orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? |
| 13 |
35 |
۞ مَثَلُ الجَنَّةِ الَّتى وُعِدَ
المُتَّقونَ ۖ تَجرى مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ ۖ أُكُلُها دائِمٌ وَظِلُّها ۚ
تِلكَ عُقبَى الَّذينَ اتَّقَوا ۖ وَعُقبَى الكٰفِرينَ النّارُ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa
itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya;
makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah
kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka. |
| 15 |
45 |
إِنَّ المُتَّقينَ فى جَنّٰتٍ وَعُيونٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. |
| 16 |
2 |
يُنَزِّلُ المَلٰئِكَةَ بِالرّوحِ مِن أَمرِهِ عَلىٰ مَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ أَن أَنذِروا أَنَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا أَنا۠ فَاتَّقونِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Ia menurunkan malaikat membawa
wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari
hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada
Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa
tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku". |
| 16 |
30 |
۞ وَقيلَ لِلَّذينَ اتَّقَوا ماذا
أَنزَلَ رَبُّكُم ۚ قالوا خَيرًا ۗ لِلَّذينَ أَحسَنوا فى هٰذِهِ الدُّنيا
حَسَنَةٌ ۚ وَلَدارُ الءاخِرَةِ خَيرٌ ۚ وَلَنِعمَ دارُ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa:
"Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh
Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat
kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya
balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat
ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa. |
| 16 |
31 |
جَنّٰتُ عَدنٍ يَدخُلونَها تَجرى مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ ۖ لَهُم فيها ما يَشاءونَ ۚ كَذٰلِكَ يَجزِى اللَّهُ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Untuk mereka) Syurga-syurga "
Adn ", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa
sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki;
demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa, |
| 16 |
128 |
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذينَ اتَّقَوا وَالَّذينَ هُم مُحسِنونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. |
| 19 |
13 |
وَحَنانًا مِن لَدُنّا وَزَكوٰةً ۖ وَكانَ تَقِيًّا |
Tafsir |
Kaitan |
| dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa. |
| 19 |
18 |
قالَت إِنّى أَعوذُ بِالرَّحمٰنِ مِنكَ إِن كُنتَ تَقِيًّا |
Tafsir |
Kaitan |
| Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa. |
| 19 |
63 |
تِلكَ الجَنَّةُ الَّتى نورِثُ مِن عِبادِنا مَن كانَ تَقِيًّا |
Tafsir |
Kaitan |
| Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami. |
| 19 |
72 |
ثُمَّ نُنَجِّى الَّذينَ اتَّقَوا وَنَذَرُ الظّٰلِمينَ فيها جِثِيًّا |
Tafsir |
Kaitan |
| Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu. |
| 19 |
85 |
يَومَ نَحشُرُ المُتَّقينَ إِلَى الرَّحمٰنِ وَفدًا |
Tafsir |
Kaitan |
| (Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan. |
| 19 |
97 |
فَإِنَّما يَسَّرنٰهُ بِلِسانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ المُتَّقينَ وَتُنذِرَ بِهِ قَومًا لُدًّا |
Tafsir |
Kaitan |
| Maka sesungguhnya Kami
memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah
supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang
bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya. |
| 20 |
113 |
وَكَذٰلِكَ أَنزَلنٰهُ قُرءانًا عَرَبِيًّا وَصَرَّفنا فيهِ مِنَ الوَعيدِ لَعَلَّهُم يَتَّقونَ أَو يُحدِثُ لَهُم ذِكرًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan demikianlah Kami telah
menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah
terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia
seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka. |
| 20 |
132 |
وَأمُر أَهلَكَ بِالصَّلوٰةِ وَاصطَبِر عَلَيها ۖ لا نَسـَٔلُكَ رِزقًا ۖ نَحنُ نَرزُقُكَ ۗ وَالعٰقِبَةُ لِلتَّقوىٰ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan perintahkanlah keluargamu
serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar
menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah
yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah
bagi orang-orang yang bertaqwa. |
| 21 |
48 |
وَلَقَد ءاتَينا موسىٰ وَهٰرونَ الفُرقانَ وَضِياءً وَذِكرًا لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan demi sesungguhnya, Kami
telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang
membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya
yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang
mahu bertaqwa. |
| 22 |
1 |
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُم ۚ إِنَّ زَلزَلَةَ السّاعَةِ شَيءٌ عَظيمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. |
| 22 |
32 |
ذٰلِكَ وَمَن يُعَظِّم شَعٰئِرَ اللَّهِ فَإِنَّها مِن تَقوَى القُلوبِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. |
| 22 |
37 |
لَن يَنالَ اللَّهَ لُحومُها وَلا
دِماؤُها وَلٰكِن يَنالُهُ التَّقوىٰ مِنكُم ۚ كَذٰلِكَ سَخَّرَها لَكُم
لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلىٰ ما هَدىٰكُم ۗ وَبَشِّرِ المُحسِنينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Daging dan darah binatang korban
atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang
sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa
dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu
supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan
sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada
orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. |
| 23 |
23 |
وَلَقَد أَرسَلنا نوحًا إِلىٰ قَومِهِ فَقالَ يٰقَومِ اعبُدُوا اللَّهَ ما لَكُم مِن إِلٰهٍ غَيرُهُ ۖ أَفَلا تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan demi sesungguhnya, Kami
telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: "Wahai
kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu
selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?". |
| 23 |
32 |
فَأَرسَلنا فيهِم رَسولًا مِنهُم أَنِ اعبُدُوا اللَّهَ ما لَكُم مِن إِلٰهٍ غَيرُهُ ۖ أَفَلا تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Lalu Kami mengutus kepada mereka
seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul
itu): "Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu
selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?" |
| 23 |
52 |
وَإِنَّ هٰذِهِ أُمَّتُكُم أُمَّةً وٰحِدَةً وَأَنا۠ رَبُّكُم فَاتَّقونِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. |
| 23 |
87 |
سَيَقولونَ لِلَّهِ ۚ قُل أَفَلا تَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" |
| 24 |
34 |
وَلَقَد أَنزَلنا إِلَيكُم ءايٰتٍ مُبَيِّنٰتٍ وَمَثَلًا مِنَ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِكُم وَمَوعِظَةً لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan sesungguhnya, Kami telah
menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan
(hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah
dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat
pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. |
| 25 |
15 |
قُل أَذٰلِكَ خَيرٌ أَم جَنَّةُ الخُلدِ الَّتى وُعِدَ المُتَّقونَ ۚ كانَت لَهُم جَزاءً وَمَصيرًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Bertanyalah (kepada mereka):
"Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga
yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. |
| 25 |
74 |
وَالَّذينَ يَقولونَ رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan juga mereka (yang diredhai
Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan
kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami
imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. |
| 26 |
90 |
وَأُزلِفَتِ الجَنَّةُ لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, |
| 27 |
53 |
وَأَنجَينَا الَّذينَ ءامَنوا وَكانوا يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman, serta yang selalu bertaqwa. |
| 28 |
83 |
تِلكَ الدّارُ الءاخِرَةُ نَجعَلُها لِلَّذينَ لا يُريدونَ عُلُوًّا فِى الأَرضِ وَلا فَسادًا ۚ وَالعٰقِبَةُ لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Negeri akhirat (yang telah
diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang
tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan
tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah
bagi orang-orang yang bertaqwa. |
| 29 |
16 |
وَإِبرٰهيمَ إِذ قالَ لِقَومِهِ اعبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقوهُ ۖ ذٰلِكُم خَيرٌ لَكُم إِن كُنتُم تَعلَمونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk). |
| 30 |
31 |
۞ مُنيبينَ إِلَيهِ وَاتَّقوهُ وَأَقيمُوا الصَّلوٰةَ وَلا تَكونوا مِنَ المُشرِكينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Hendaklah kamu (wahai Muhammad
dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan
mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah
kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan
janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik - |
| 31 |
33 |
يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا
رَبَّكُم وَاخشَوا يَومًا لا يَجزى والِدٌ عَن وَلَدِهِ وَلا مَولودٌ هُوَ
جازٍ عَن والِدِهِ شَيـًٔا ۚ إِنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلا
تَغُرَّنَّكُمُ الحَيوٰةُ الدُّنيا وَلا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الغَرورُ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai sekalian manusia, bertaqwalah
kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya
seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab
dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya
dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu
adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan
jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang
menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. |
| 33 |
1 |
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ
الرَّحيمِ يٰأَيُّهَا النَّبِىُّ اتَّقِ اللَّهَ وَلا تُطِعِ الكٰفِرينَ
وَالمُنٰفِقينَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَليمًا حَكيمًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa
kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir
dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana. |
| 33 |
7 |
وَإِذ أَخَذنا مِنَ النَّبِيّۦنَ
ميثٰقَهُم وَمِنكَ وَمِن نوحٍ وَإِبرٰهيمَ وَموسىٰ وَعيسَى ابنِ مَريَمَ ۖ
وَأَخَذنا مِنهُم ميثٰقًا غَليظًا |
Tafsir |
Kaitan |
| (Teruslah bertaqwa
kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi
(umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri
(wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa,
serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka:
perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan
kepada mereka); |
| 33 |
32 |
يٰنِساءَ النَّبِىِّ لَستُنَّ
كَأَحَدٍ مِنَ النِّساءِ ۚ إِنِ اتَّقَيتُنَّ فَلا تَخضَعنَ بِالقَولِ
فَيَطمَعَ الَّذى فى قَلبِهِ مَرَضٌ وَقُلنَ قَولًا مَعروفًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa.
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa
bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan
keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk
kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik
(sesuai dan sopan). |
| 33 |
37 |
وَإِذ تَقولُ لِلَّذى أَنعَمَ
اللَّهُ عَلَيهِ وَأَنعَمتَ عَلَيهِ أَمسِك عَلَيكَ زَوجَكَ وَاتَّقِ
اللَّهَ وَتُخفى فى نَفسِكَ مَا اللَّهُ مُبديهِ وَتَخشَى النّاسَ
وَاللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخشىٰهُ ۖ فَلَمّا قَضىٰ زَيدٌ مِنها وَطَرًا
زَوَّجنٰكَها لِكَى لا يَكونَ عَلَى المُؤمِنينَ حَرَجٌ فى أَزوٰجِ
أَدعِيائِهِم إِذا قَضَوا مِنهُنَّ وَطَرًا ۚ وَكانَ أَمرُ اللَّهِ
مَفعولًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (ingatlah wahai Muhammad)
ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah
(dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya:
"Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah
kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang
Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia
padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya).
Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya
(dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak
ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan
isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu
telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu
menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu
tetap berlaku. |
| 33 |
55 |
لا جُناحَ عَلَيهِنَّ فى
ءابائِهِنَّ وَلا أَبنائِهِنَّ وَلا إِخوٰنِهِنَّ وَلا أَبناءِ
إِخوٰنِهِنَّ وَلا أَبناءِ أَخَوٰتِهِنَّ وَلا نِسائِهِنَّ وَلا ما مَلَكَت
أَيمٰنُهُنَّ ۗ وَاتَّقينَ اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلىٰ كُلِّ
شَيءٍ شَهيدًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Tidak ada salahnya kepada
perempuan-perempuan (yang tidak berpakaian yang melindungi anggota yang
haram dipandang oleh lelaki asing itu) menemui bapa-bapa mereka, dan
anak-anak lelaki mereka, dan saudara-saudara lelaki mereka, dan
anak-anak lelaki saudara-saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki
saudara-saudara perempuan mereka, dan perempuan-perempuan Islam mereka,
serta hamba-hamba yang dimiliki oleh mereka. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. |
| 33 |
70 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقولوا قَولًا سَديدًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), |
| 38 |
28 |
أَم نَجعَلُ الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ كَالمُفسِدينَ فِى الأَرضِ أَم نَجعَلُ المُتَّقينَ كَالفُجّارِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Patutkah Kami jadikan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang
yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan
orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa? |
| 38 |
49 |
هٰذا ذِكرٌ ۚ وَإِنَّ لِلمُتَّقينَ لَحُسنَ مَـٔابٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Segala sifat-sifat yang mulia)
ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya
bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), - |
| 38 |
55 |
هٰذا ۚ وَإِنَّ لِلطّٰغينَ لَشَرَّ مَـٔابٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertaqwa). Dan Bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali, - |
| 39 |
10 |
قُل يٰعِبادِ الَّذينَ ءامَنُوا
اتَّقوا رَبَّكُم ۚ لِلَّذينَ أَحسَنوا فى هٰذِهِ الدُّنيا حَسَنَةٌ ۗ
وَأَرضُ اللَّهِ وٰسِعَةٌ ۗ إِنَّما يُوَفَّى الصّٰبِرونَ أَجرَهُم بِغَيرِ
حِسابٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Katakanlah (wahai Muhammad, akan
firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai
hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah
kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia
ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi
Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya
orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala
mereka dengan tidak terkira". |
| 39 |
16 |
لَهُم مِن فَوقِهِم ظُلَلٌ مِنَ النّارِ وَمِن تَحتِهِم ظُلَلٌ ۚ ذٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبادَهُ ۚ يٰعِبادِ فَاتَّقونِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Bagi mereka (yang kafir
disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan
lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian,
Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!" |
| 39 |
20 |
لٰكِنِ الَّذينَ اتَّقَوا
رَبَّهُم لَهُم غُرَفٌ مِن فَوقِها غُرَفٌ مَبنِيَّةٌ تَجرى مِن تَحتِهَا
الأَنهٰرُ ۖ وَعدَ اللَّهِ ۖ لا يُخلِفُ اللَّهُ الميعادَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa
kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi
laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai
yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali
akan mengubah janji-janjiNya. |
| 39 |
28 |
قُرءانًا عَرَبِيًّا غَيرَ ذى عِوَجٍ لَعَلَّهُم يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa. |
| 39 |
33 |
وَالَّذى جاءَ بِالصِّدقِ وَصَدَّقَ بِهِ ۙ أُولٰئِكَ هُمُ المُتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (nyatalah bahawa) yang
membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan
pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu),
mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. |
| 39 |
35 |
لِيُكَفِّرَ اللَّهُ عَنهُم أَسوَأَ الَّذى عَمِلوا وَيَجزِيَهُم أَجرَهُم بِأَحسَنِ الَّذى كانوا يَعمَلونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa)
kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada)
seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas
mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang
mereka telah kerjakan. |
| 39 |
36 |
أَلَيسَ اللَّهُ بِكافٍ عَبدَهُ ۖ وَيُخَوِّفونَكَ بِالَّذينَ مِن دونِهِ ۚ وَمَن يُضلِلِ اللَّهُ فَما لَهُ مِن هادٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)?
Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang
lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah
(dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat
memberi hidayah petunjuk kepadanya. |
| 39 |
57 |
أَو تَقولَ لَو أَنَّ اللَّهَ هَدىٰنى لَكُنتُ مِنَ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| "Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' - |
| 39 |
61 |
وَيُنَجِّى اللَّهُ الَّذينَ اتَّقَوا بِمَفازَتِهِم لا يَمَسُّهُمُ السّوءُ وَلا هُم يَحزَنونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa
(yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka
mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh
sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita. |
| 39 |
73 |
وَسيقَ الَّذينَ اتَّقَوا
رَبَّهُم إِلَى الجَنَّةِ زُمَرًا ۖ حَتّىٰ إِذا جاءوها وَفُتِحَت
أَبوٰبُها وَقالَ لَهُم خَزَنَتُها سَلٰمٌ عَلَيكُم طِبتُم فَادخُلوها
خٰلِدينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan orang-orang yang bertaqwa
kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan,
sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia
terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:"
Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke
dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun
masuk) - |
| 41 |
18 |
وَنَجَّينَا الَّذينَ ءامَنوا وَكانوا يَتَّقونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa. |
| 43 |
35 |
وَزُخرُفًا ۚ وَإِن كُلُّ ذٰلِكَ لَمّا مَتٰعُ الحَيوٰةِ الدُّنيا ۚ وَالءاخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Serta berbagai barang perhiasan
(keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah
merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari
akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa. |
| 43 |
63 |
وَلَمّا جاءَ عيسىٰ بِالبَيِّنٰتِ
قالَ قَد جِئتُكُم بِالحِكمَةِ وَلِأُبَيِّنَ لَكُم بَعضَ الَّذى
تَختَلِفونَ فيهِ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطيعونِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan ketika Nabi Isa datang
(kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata,
berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa
hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian
dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu,
bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. |
| 43 |
67 |
الأَخِلّاءُ يَومَئِذٍ بَعضُهُم لِبَعضٍ عَدُوٌّ إِلَّا المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Pada hari itu sahabat-sahabat
karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,
kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). |
| 43 |
68 |
يٰعِبادِ لا خَوفٌ عَلَيكُمُ اليَومَ وَلا أَنتُم تَحزَنونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Mereka - yang bertaqwa
- itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan
firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai
sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak
akan berdukacita". |
| 44 |
51 |
إِنَّ المُتَّقينَ فى مَقامٍ أَمينٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. - |
| 45 |
19 |
إِنَّهُم لَن يُغنوا عَنكَ مِنَ اللَّهِ شَيـًٔا ۚ وَإِنَّ الظّٰلِمينَ بَعضُهُم أَولِياءُ بَعضٍ ۖ وَاللَّهُ وَلِىُّ المُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya mereka tidak
sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah
(kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim
itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang
lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong
dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya). |
| 47 |
15 |
مَثَلُ الجَنَّةِ الَّتى وُعِدَ
المُتَّقونَ ۖ فيها أَنهٰرٌ مِن ماءٍ غَيرِ ءاسِنٍ وَأَنهٰرٌ مِن لَبَنٍ
لَم يَتَغَيَّر طَعمُهُ وَأَنهٰرٌ مِن خَمرٍ لَذَّةٍ لِلشّٰرِبينَ
وَأَنهٰرٌ مِن عَسَلٍ مُصَفًّى ۖ وَلَهُم فيها مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ
وَمَغفِرَةٌ مِن رَبِّهِم ۖ كَمَن هُوَ خٰلِدٌ فِى النّارِ وَسُقوا ماءً
حَميمًا فَقَطَّعَ أَمعاءَهُم |
Tafsir |
Kaitan |
| Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa
(ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang
tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang
tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi
orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang
suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan,
serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal
kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti
orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air
yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah
tentu tidak sama)! |
| 47 |
17 |
وَالَّذينَ اهتَدَوا زادَهُم هُدًى وَءاتىٰهُم تَقوىٰهُم |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (sebaliknya) orang-orang
yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka
dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk
mereka bertaqwa. |
| 47 |
36 |
إِنَّمَا الحَيوٰةُ الدُّنيا لَعِبٌ وَلَهوٌ ۚ وَإِن تُؤمِنوا وَتَتَّقوا يُؤتِكُم أُجورَكُم وَلا يَسـَٔلكُم أَموٰلَكُم |
Tafsir |
Kaitan |
| (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa,
Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta
kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang
yang lebih baik daripadanya). |
| 47 |
38 |
هٰأَنتُم هٰؤُلاءِ تُدعَونَ
لِتُنفِقوا فى سَبيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَن يَبخَلُ ۖ وَمَن يَبخَل
فَإِنَّما يَبخَلُ عَن نَفسِهِ ۚ وَاللَّهُ الغَنِىُّ وَأَنتُمُ الفُقَراءُ
ۚ وَإِن تَتَوَلَّوا يَستَبدِل قَومًا غَيرَكُم ثُمَّ لا يَكونوا
أَمثٰلَكُم |
Tafsir |
Kaitan |
| (Ingatlah), kamu ini adalah
orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan
membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada
di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil
maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan
(ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang
kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam
segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. |
| 48 |
26 |
إِذ جَعَلَ الَّذينَ كَفَروا فى
قُلوبِهِمُ الحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ الجٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ اللَّهُ
سَكينَتَهُ عَلىٰ رَسولِهِ وَعَلَى المُؤمِنينَ وَأَلزَمَهُم كَلِمَةَ
التَّقوىٰ وَكانوا أَحَقَّ بِها وَأَهلَها ۚ وَكانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيءٍ
عَليمًا |
Tafsir |
Kaitan |
| (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan
Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan
perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran
Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu
panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram
kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga
tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada
"Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. |
| 49 |
1 |
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ
الرَّحيمِ يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا تُقَدِّموا بَينَ يَدَىِ اللَّهِ
وَرَسولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَميعٌ عَليمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum
(mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
| 49 |
3 |
إِنَّ الَّذينَ يَغُضّونَ
أَصوٰتَهُم عِندَ رَسولِ اللَّهِ أُولٰئِكَ الَّذينَ امتَحَنَ اللَّهُ
قُلوبَهُم لِلتَّقوىٰ ۚ لَهُم مَغفِرَةٌ وَأَجرٌ عَظيمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang yang
merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), -
merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. |
| 49 |
10 |
إِنَّمَا المُؤمِنونَ إِخوَةٌ فَأَصلِحوا بَينَ أَخَوَيكُم ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُرحَمونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sebenarnya orang-orang yang
beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara
kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. |
| 49 |
12 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا
اجتَنِبوا كَثيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعضَ الظَّنِّ إِثمٌ ۖ وَلا
تَجَسَّسوا وَلا يَغتَب بَعضُكُم بَعضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُم أَن يَأكُلَ
لَحمَ أَخيهِ مَيتًا فَكَرِهتُموهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ
تَوّابٌ رَحيمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan
yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang
lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang
telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. |
| 49 |
13 |
يٰأَيُّهَا النّاسُ إِنّا
خَلَقنٰكُم مِن ذَكَرٍ وَأُنثىٰ وَجَعَلنٰكُم شُعوبًا وَقَبائِلَ
لِتَعارَفوا ۚ إِنَّ أَكرَمَكُم عِندَ اللَّهِ أَتقىٰكُم ۚ إِنَّ اللَّهَ
عَليمٌ خَبيرٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai umat manusia! Sesungguhnya
Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu). |
| 50 |
31 |
وَأُزلِفَتِ الجَنَّةُ لِلمُتَّقينَ غَيرَ بَعيدٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). |
| 51 |
15 |
إِنَّ المُتَّقينَ فى جَنّٰتٍ وَعُيونٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. |
| 52 |
17 |
إِنَّ المُتَّقينَ فى جَنّٰتٍ وَنَعيمٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya). |
| 53 |
32 |
الَّذينَ يَجتَنِبونَ كَبٰئِرَ
الإِثمِ وَالفَوٰحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وٰسِعُ المَغفِرَةِ
ۚ هُوَ أَعلَمُ بِكُم إِذ أَنشَأَكُم مِنَ الأَرضِ وَإِذ أَنتُم أَجِنَّةٌ
فى بُطونِ أُمَّهٰتِكُم ۖ فَلا تُزَكّوا أَنفُسَكُم ۖ هُوَ أَعلَمُ بِمَنِ
اتَّقىٰ |
Tafsir |
Kaitan |
| (Iaitu) orang-orang yang
menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali
salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka
itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih
mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari
tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai
peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji
diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. |
| 57 |
28 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا
اتَّقُوا اللَّهَ وَءامِنوا بِرَسولِهِ يُؤتِكُم كِفلَينِ مِن رَحمَتِهِ
وَيَجعَل لَكُم نورًا تَمشونَ بِهِ وَيَغفِر لَكُم ۚ وَاللَّهُ غَفورٌ
رَحيمٌ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah
kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad),
supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan
menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari
kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
| 58 |
9 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا إِذا
تَنٰجَيتُم فَلا تَتَنٰجَوا بِالإِثمِ وَالعُدوٰنِ وَمَعصِيَتِ الرَّسولِ
وَتَنٰجَوا بِالبِرِّ وَالتَّقوىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى إِلَيهِ
تُحشَرونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu
berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan
derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat
kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan). |
| 59 |
7 |
ما أَفاءَ اللَّهُ عَلىٰ رَسولِهِ
مِن أَهلِ القُرىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسولِ وَلِذِى القُربىٰ وَاليَتٰمىٰ
وَالمَسٰكينِ وَابنِ السَّبيلِ كَى لا يَكونَ دولَةً بَينَ الأَغنِياءِ
مِنكُم ۚ وَما ءاتىٰكُمُ الرَّسولُ فَخُذوهُ وَما نَهىٰكُم عَنهُ فَانتَهوا
ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Apa yang Allah kurniakan kepada
RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan
tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi
Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara
orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa
oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan
apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). |
| 59 |
18 |
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا
اتَّقُوا اللَّهَ وَلتَنظُر نَفسٌ ما قَدَّمَت لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ
ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبيرٌ بِما تَعمَلونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa
yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari
akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. |
| 60 |
11 |
وَإِن فاتَكُم شَيءٌ مِن
أَزوٰجِكُم إِلَى الكُفّارِ فَعاقَبتُم فَـٔاتُوا الَّذينَ ذَهَبَت
أَزوٰجُهُم مِثلَ ما أَنفَقوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى أَنتُم بِهِ
مُؤمِنونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan sekiranya kamu tidak dapat
menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi
murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu
menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka
berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti
maskahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya. |
| 64 |
16 |
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا
استَطَعتُم وَاسمَعوا وَأَطيعوا وَأَنفِقوا خَيرًا لِأَنفُسِكُم ۗ وَمَن
يوقَ شُحَّ نَفسِهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Oleh itu bertaqwalah
kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan
pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan
belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan
(ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang
berjaya. |
| 65 |
1 |
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ
الرَّحيمِ يٰأَيُّهَا النَّبِىُّ إِذا طَلَّقتُمُ النِّساءَ فَطَلِّقوهُنَّ
لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحصُوا العِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُم ۖ لا
تُخرِجوهُنَّ مِن بُيوتِهِنَّ وَلا يَخرُجنَ إِلّا أَن يَأتينَ بِفٰحِشَةٍ
مُبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلكَ حُدودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدودَ اللَّهِ
فَقَد ظَلَمَ نَفسَهُ ۚ لا تَدرى لَعَلَّ اللَّهَ يُحدِثُ بَعدَ ذٰلِكَ
أَمرًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Wahai Nabi! Apabila kamu -
(engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka
ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan
hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah
kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari
rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula
(dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka
janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan
hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya.
(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi
Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain). |
| 65 |
2 |
فَإِذا بَلَغنَ أَجَلَهُنَّ
فَأَمسِكوهُنَّ بِمَعروفٍ أَو فارِقوهُنَّ بِمَعروفٍ وَأَشهِدوا ذَوَى
عَدلٍ مِنكُم وَأَقيمُوا الشَّهٰدَةَ لِلَّهِ ۚ ذٰلِكُم يوعَظُ بِهِ مَن
كانَ يُؤمِنُ بِاللَّهِ وَاليَومِ الءاخِرِ ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجعَل
لَهُ مَخرَجًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Kemudian, apabila mereka
(hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk)
dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan
adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu
merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi)
menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan
hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada
sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkannya), |
| 65 |
4 |
وَالّٰـٔى يَئِسنَ مِنَ المَحيضِ
مِن نِسائِكُم إِنِ ارتَبتُم فَعِدَّتُهُنَّ ثَلٰثَةُ أَشهُرٍ وَالّٰـٔى
لَم يَحِضنَ ۚ وَأُولٰتُ الأَحمالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعنَ حَملَهُنَّ ۚ
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجعَل لَهُ مِن أَمرِهِ يُسرًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan perempuan-perempuan dari
kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh
syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan
(demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan
perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka
melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. |
| 65 |
5 |
ذٰلِكَ أَمرُ اللَّهِ أَنزَلَهُ إِلَيكُم ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّر عَنهُ سَيِّـٔاتِهِ وَيُعظِم لَهُ أَجرًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Peraturan-peraturan yang
demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya
kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya. |
| 65 |
10 |
أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم عَذابًا
شَديدًا ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ يٰأُولِى الأَلبٰبِ الَّذينَ ءامَنوا ۚ قَد
أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيكُم ذِكرًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah
kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan
orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu
peringatan - |
| 68 |
34 |
إِنَّ لِلمُتَّقينَ عِندَ رَبِّهِم جَنّٰتِ النَّعيمِ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka. |
| 69 |
48 |
وَإِنَّهُ لَتَذكِرَةٌ لِلمُتَّقينَ |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa. |
| 71 |
3 |
أَنِ اعبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقوهُ وَأَطيعونِ |
Tafsir |
Kaitan |
| "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku; |
| 71 |
4 |
يَغفِر لَكُم مِن ذُنوبِكُم
وَيُؤَخِّركُم إِلىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذا جاءَ لا
يُؤَخَّرُ ۖ لَو كُنتُم تَعلَمونَ |
Tafsir |
Kaitan |
| "Supaya Allah mengampunkan bagi
kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan
tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah
beribadat dan bertaqwa) kerana
sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya,
tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini
tentulah kamu segera beriman)". |
| 76 |
27 |
إِنَّ هٰؤُلاءِ يُحِبّونَ العاجِلَةَ وَيَذَرونَ وَراءَهُم يَومًا ثَقيلًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang (yang
menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia)
yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan
bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada
orang-orang yang tidak bertaqwa). |
| 77 |
41 |
إِنَّ المُتَّقينَ فى ظِلٰلٍ وَعُيونٍ |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), - |
| 78 |
31 |
إِنَّ لِلمُتَّقينَ مَفازًا |
Tafsir |
Kaitan |
| Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. |
| 91 |
8 |
فَأَلهَمَها فُجورَها وَتَقوىٰها |
Tafsir |
Kaitan |
| Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - |
| 92 |
5 |
فَأَمّا مَن أَعطىٰ وَاتَّقىٰ |
Tafsir |
Kaitan |
| Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), - |
| 92 |
17 |
وَسَيُجَنَّبُهَا الأَتقَى |
Tafsir |
Kaitan |
| Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, - |
| 96 |
12 |
أَو أَمَرَ بِالتَّقوىٰ |
Tafsir |
Kaitan |
| Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)? |